Sunday 11 September 2011

Tanda-tanda Hati Mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
-mengaku kenal Allah, tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
-mengaku cinta pada Rasulullah, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
-membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.
-memakan nikmat- nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri atas pemberiaan-Nya
-mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
-mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal mendapatkannya.
-mengaku adanya adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha menghindarinya.
-mengaku kematian pasti tibabagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
-menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
-menghantar dan menguburkan jenazah saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Mati hati itu adalah kerana 3 perkara iaitu:
-Hubbu ad-dunia (kasihkan dunia).
-lalai daripada Ziktullah(mengingati Allah).
-banyakkan makan dan menjerumuskan anggota badan terhadap maksiat kapada Allah.


Hati hidup ada 3 perkara iaitu:
-Zuhud dengan dunia.
-Zikrullah.
-bergaul atau berkawan dengan Aulia Allah dan orang-orang soleh.

No comments:

Post a Comment