Sunday 18 September 2011

Anda Belum Matang Sekiranya...........

-Menghabiskan kredit untuk berbual dengan 'kekasih'. Sedangkan wang membelinya datang daripada pemberian ibu bapa anda.

-Rela menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, semata-mata untuk melihat gadis yang anda 'cintai' melintas jalan sedangkan anda solat secara expres atau tidak solat langsung.

-Memarahi bahkan sanggup memukul adik yang tersilap cakap. namun sebaliknya anda mampu tersenyum sekalipun di maki atau dihina oleh wanita yang anda minati.

-Sanggup membaca novel cinta yang beratus- ratus muka surat, padahal tidak pernah membaca Al-Quran walaupun satu muka surat setahun.

-Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah tetapi tidak pula mengenang wajah ibubapa yang telah lama tidak berjumpa.

-Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau SMS daripada orang yang anda cintai, sebaliknya anda sendiari sudah tidak mengirim berita kapada ibubapa anda di kampung.

-Memakai pakaian yang sehabis cantik, sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung ketika solat.

-Labih banyak mengucapkan 'I LOVE YOU' berbanding berzikir.

No comments:

Post a Comment