Kata-kata hikmah

Cinta yang lazimnya di tujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, ia adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan. 
  -Al Farabi-

Manusia itu mempunyai hati dan akal yang memberikan ruang untuk manusia berfikir. Antara kewarasan akal dan iman yang terpahat di dada menjadikan setiap tindakan yang dibuat seiring dan berlapang dada dengan segala sesuatu. Namun, tergesa-gesa untuk setiap tindakan yang dilakukan menjadikan manusia itu terburu-buru dalam membuat keputusan. Allah bersama orang yang berusaha dan tiada yang mustahil untuk orang yang mahu.




Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintailah sesiapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
Lakukanlah apa-apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.


-IBNU ABBAS-


Orang yang bahagia itu akan selalu:
-Menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah.
-Menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa.
-Menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan.
-Menyediakan waktu untuk beramal, kerana amal itu pangkal kejayaan.
-Menyediakan waktu untuk bergurau senda, kerana gurau senda itu akan membuat muda selalu.
-Menyediakan waktu untuk beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.




Semulia-mulia manusia ialah sesiapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkududukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.

-KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN- 




Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.




"....cinta kasihlah kepada manusia sebagai engkau sayang (dan cinta kasih) kepada dirimu sendiri, nescaya engkau akan jadi orang islam yang hakiki."


-NABI SAW-