Tuesday 17 January 2012

Jahilnya Kita Sebagai Orang ISLAM

Subhanallah! Begitu jahilnya kita dalam hidup ini.Hanya gengan kalimah azan, ini cukup membuktikan yang kita begitu JAHIL dalam hidup ini. Renung-renunglah

Tuesday 8 November 2011

Memohonlah Agar Sentiasa Dilindungi Dari Maksiat

Mari kita fahami apa yang dikatakan al-Tahtawi dalam kitab Fathu al-Manan Bi Ahkam al-Jan:
"Hati laksana benteng, benteng itu mestilah berpagar, dan pagar pasti mempunyai pintu. Penghuni dalamnya ialah Akal. Para maliakat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi Syaitan.
Peperangan sering berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan beserta tenteranya iaitu Nafsu. Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka penjaga kotanya mesti mengetahui berapa bilangan pintu yang ada dan cara menangani kemaraan musuh.
Kota ini akan diterangi dengan zikir, yang menjadikannya cermin bagi menterbalikkkan setiap yang melaluinya. Maka syaitan dan tenteranya akan sentiasa mencari helah. Antaranya ialah debgan mewujudkan kepulan asap. Asap akan menggelapkan suasana sehingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.
Asap ini juga akan melekat pada cermin dan mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dan zikir mampu membersihkan cermin ini semula dan menjadikan ia reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit yang berlaku dalam diri kita. Semakin kuat iman, semakin dahsyat dugaan yang harus di tempuhi.
Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan Iblis hingga para penjaganya terlepas musuh masuk ke dalam kotanya iaitu Akal.
Bagi kita semua yang kerdil ini, sentiasalah berdoa agar dilindungi dari ganguan syaitan yang tidak henti-henti mencampakkan 'gadjet' maksiat. Sesungguhnya doa adalah perisai orang Mukmin.
  

Jangan Bertudung Tapi Telanjang

Pakaian mempermainkan aurat semakin teruk di sekeliling kita. Fesyen sendat, ketat, singkat dan jarang semakin dianggap biasa, malah berani dipadankan dengan busana Muslimah dan tudung. Adakah kita harus membiarkan penyakit ini di dalam realiti masyarakat kita ? Masyarakat Islam seharusnya ada rasa benci dan jijik terhadap fesyen-fesyen wanita yang mempermainkan aurat, bukannya bertolak-ansur dan buat-buat tidak kisah. Mahu menegur pun tidak berani. Kita hanya mampu membiarkan sahaja pemandangan yang menyeksakan mata itu. Sebenarnya, semakin ramai wanita Islam yang berpakaian sedemikian di luar sana, kerana mereka tahu masyarakat tidak akan mampu berbuat apa-apa ke atas mereka. Apabila ada pihak yang membongkar dan mengkritik keras fesyen keji mereka, pihak itu dianggap cuba memalukan,sedangkan ianya satu alternatif untuk membantah dan menegur.

Semakin masyarakat berlembut di dalam isu aurat ini dan semakin masyarakat terlalu memberi peluang kepada mereka, mesej berkenaan keburukan fesyen mempermainkan aurat ini akan pudar dan hilang nada ketegasannya. Ramai di antara wanita sebegini akan memandang ringan teguran yang diberikan dan cuba melengah-lengahkan diri untuk mematuhinya akibat nada penyampaian yang terlalu baik-baik dan lembut. Mereka tidak akan mengambil serius dan masih kekal mengamalkan fesyen maksiat mereka dalam tempoh yang mereka sukai. Dalam tempoh masa itu, aurat mereka akan terus dipertontonkan dan terus memberi peluang kepada lelaki-lelaki yang melihat aurat mereka menambah dosa.

Kita tahu, uztaz dan ulama telah berbuih mulut membicarakan isu aurat di ceramah-ceramah dan forum Islam, namun golongan yang lazimnya menghadiri majlis sebegini adalah golongan wanita yang sudah sedia memelihara aurat. Padahal, golongan sasaran iaitu wanita-wanita yang mempermainkan aurat jarang-jarang menghadiri majlis agama sebegitu. Dakwah yang tidak kena sasaran.

Oleh itu, sepertimana pentingnya peranan parti pembangkang dalam politik, begitulah juga pentingnya blog ini untuk membangkang trend fesyen mencemarkan ini. Ia diwujudkan sebagai kempen 'direct psikologi' untuk membetulkan tanggapan dan idea anak-anak gadis, makcik-makcik, para suami dan para ayah di Malaysia mengenai konsep aurat wanita Islam yang sebenar-benarnya. Diharapkan supaya teguran dan gambar -gambar contoh di sini dapat dijadikan pengajaran dan sempadan agar wanita-wanita Islam yang ada menjauhkan diri diri memakai pakaian-pakaian yang melanggar adab wanita Islam terutama sekali jarang, ketat dan sendat. Diharapkan blog ini mampu membawa perubahan walaupun sedikit. Amin.



Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup PunggungPilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan DimuliakanLeggings Ketat Mencemar Maruah Wanita BertudungAmbil Gambar Manja Diri Sendiri, Tengok Sendiri Sudahlah. Kalau Upload Tanggung RisikonyaDALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!

Saturday 24 September 2011

Stastitik Umat Islam Di Malaysia

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS


3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan


4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya


5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan


6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama


7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji


8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt


9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang


10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri


11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam


12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda


13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak


14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur


15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak


16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu


17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari


18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang


19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit


20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan


21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Friday 23 September 2011

Bahana/Akibat Menonton Video Lucah

Baiklah,Lazimnya, yang gemar melihat benda ini semua adalah golongan REMAJA dan remaja itu adalah kita dan saya. Antara faktor yang mendorong seseorang itu menonton video atau membaca bahan lucah ialah :


1) Terlalu banyak MASA KOSONG
Masa yang tidak diisi dengan benda yang manfaat. Jadi, bila hal ini berlaku seseorang itu akan terdorong menuruti hawa nafsunya tambahan pula di depannya sudah ada 'laptop' dan internet pula laju, lagi mudah kerja lagho ni dibuat.
Tindakan : Isikan masa anda dengan seberapa banyak aktiviti yang mungkin.
Sebenarnya,kalo sape yg ska tonton video lucah melalui IT/teknologi,cuba sebulan or 2 bulan korang jauhkan diri korang daripada teknologi.. sebab korang mungkin xleh tahan nafsu bler ada dpan IT/teknologi..


2) Terlalu BERKHAYAL.
Inilah antara faktor utama menonton video lucah. Lazimnya, orang yang dah ber'couple' akan banyak khayalnya. Dia akan pandang seseorang perempuan itu dengan pandangan tembus. Tambah-tambah pula bila perempuan berpakaian yang menjolok mata. Tudung kalau boleh nak diselak sampai nampak dada, seluar tu ketat sampai susah nak jalan. Kalau lelaki miang memang suka tengok perempuan begini. Kalau saya menyampah, sebab kuih kalau dah selalu terdedah dan ditayang, rasanya akan hilang dan kualitinya akan berkurangan. Kalau kita pergi kedai jual kek, kita nak beli kek yang letak dalam cermin ke atau yang diletak tersadai atas meja?? Jawab sendiri..
Tindakan : Daripada berkhayal baik kiranya kita mengingati mati atau fikir sesuatu tentang masa depan. Lepas ni nak buat apa, kalau keputusan periksa aku teruk nak kerja apa. Nabi kata orang yang paling bijak di kalangan kamu adalah mereka yang banyak mengingati mati.

3) Terlalu Banyak BERSOSIAL
Adab pergaulan laki perempuan juga nak kena jaga. Perempuan sembang dengan laki 'tak moh gedik-gedik sangat ye' sebab meluat tengok. Jangan selalu buat suara manja, seolah-olah 'meminta sesuatu'. Cakap macam biasa..sopan, lemah lembut, berbudi bahasa..jangan menggedik. Perempuan juga nampak tidak manis apabila selalu ketawa yang bunyinya macam kuda. Tak bagus ye..Laki pula sembang jangan terlalu tumpu pada mata, dan mata tu jangan meliar tempat lain.
Tindakan : Kurangkan bersosial tapi jangan tak bermasyarakat langsung. Bersosial boleh tapi jagalah batas adabnya. Sembang jangan keterlaluan, bergelak ketawa berpada-pada. Ini semua akan mendorong hubungan intim yang disulami nafsu seksual di kalangan kita. Nafsu yang belum tiba masanya ia datang.

4) Berkawan dengan orang yang rendah akhlaknya.
Bersahabatlah dengan orang baik budinya, kuat agamanya, mudah-mudahan kita terdorong untuk mencontohi tingkah lakunya. Berkawan memang dengan semua orang tetapi bersahabat dengan orang yang baik akhlaknya agar kita dapat 'saham' apa yang dilakukannya. kalau orang yang selalu ke surau, kita rapat dengannya, kita turut juga dapat pahala atas amalannya.
Jika bersahabat dengan tukang besi kita akan dapat bahang besi itu, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, baunya kita akan dapat.
Tindakan : Mulai sekarang, bersahabatlah dengan orang yang kuat agamanya, baik pekertinya, luhur budinya agar kira dapat mencontohinya.


5) Kurang Baca Al-Quran
Rata-ratanya, orang yang selalu melihat video lucah adalah yang jarang membaca Quran. Ini kerana, jarang membaca Quran akan membuatkan hati mati dan gelap dan menghalang cahaya (Nur) Tuhan terpancar.
Tindakan : Selalulah baca Quran. Baca dengan tajwid yang betul. kalau tak tahu WAJIB belajar dengan orang yang tahu. 

RUGINYA ORANG YANG TAK MAHIR BACA QURAN APABILA DIA DEWASA KELAK. BILA ADA ANAK, ISTERI WAKTU ITULAH AKAN MENYESAL TAK BERKESUDAHAN. ANAK KELAK AKAN JADI MACAM KITA.


Anda akan akui bahawa kata-kata saya ini benar setelah anda mendirikan rumahtangga. Waktu tu lah sibuk nak cari guru mengajar, kena pula keluarkan duit untuk upah mengajar. Bila mati nanti, tiada pahala bacaan Quran yang diterima daripada anak di atas kegagalan kita mendidik tadi.
Keburukan Orang Yang Melihat Video Lucah:

1) Lemah syahwat ketika berkahwin nanti. Mudah kalah dalam pertarungan.
2) Mudah jemu dengan isteri sendiri dan berkhayal lebih puas baginya daripada berjimak dengan isteri.
3) Zuriat akan tercemar dengan benih-benih yang tidak soleh. Anak nanti akan mengulangi semula perbuatan kita itu. Bila terkantoi melihat anak kita nanti melihat video lucah, waktu tu kita akan terkenang kembali tabiat kita dulu. Padan muka!!!
4) Hati gelap, jiwa sentiasa resah gelisah. Seolah-olah mencari sesuatu.
5) Hidup dalam laknat Tuhan. Rezeki sempit.