Tuesday 8 November 2011

Memohonlah Agar Sentiasa Dilindungi Dari Maksiat

Mari kita fahami apa yang dikatakan al-Tahtawi dalam kitab Fathu al-Manan Bi Ahkam al-Jan:
"Hati laksana benteng, benteng itu mestilah berpagar, dan pagar pasti mempunyai pintu. Penghuni dalamnya ialah Akal. Para maliakat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi Syaitan.
Peperangan sering berlaku antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan beserta tenteranya iaitu Nafsu. Syaitan tidak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka penjaga kotanya mesti mengetahui berapa bilangan pintu yang ada dan cara menangani kemaraan musuh.
Kota ini akan diterangi dengan zikir, yang menjadikannya cermin bagi menterbalikkkan setiap yang melaluinya. Maka syaitan dan tenteranya akan sentiasa mencari helah. Antaranya ialah debgan mewujudkan kepulan asap. Asap akan menggelapkan suasana sehingga pengawal tidak nampak apa yang berlaku.
Asap ini juga akan melekat pada cermin dan mengakibatkan kita tidak nampak imej yang sebenarnya. Istiqamah dan zikir mampu membersihkan cermin ini semula dan menjadikan ia reflektif semula. Demikianlah pertarungan sengit yang berlaku dalam diri kita. Semakin kuat iman, semakin dahsyat dugaan yang harus di tempuhi.
Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan Iblis hingga para penjaganya terlepas musuh masuk ke dalam kotanya iaitu Akal.
Bagi kita semua yang kerdil ini, sentiasalah berdoa agar dilindungi dari ganguan syaitan yang tidak henti-henti mencampakkan 'gadjet' maksiat. Sesungguhnya doa adalah perisai orang Mukmin.
  

No comments:

Post a Comment